Friday 29 November 2013

WASIAT RASULULLAH S.A.W PADA AISYAH R.A

SAYYIDATUNA Aisyah R.A meriwayatkan : Rasulullah S.A.W (mafhumnya), "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini..."

Intisari wasiat Rasulullah S.A.W tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.  Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu:

(a)      Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar;

(b)      Tidak memuji Allah S.W.T di atas kemurahanNya - apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur;

(c)      Mengkufurkan nikmat;

(d)      Membanyakkan kata-kata yang sia-sia;

 

Wahai Aisyah, ketahuilah :

(a)      Bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah S.W.T amalannya;

(b)      Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat nanti, Allah S.W.T akan menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan ditengkuknya;

(c)      Bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah S.W.T akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat;

(d)      Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya (yang harus / halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah S.W.T pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka;

(e)      Bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya;

(f)       Bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat daripada sesiapa pun;

(g)      Bahawa wanita yang berzina akan diderakan di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap perbuatan zina dengan lapan puluh cemeti daripada api;

(h)      Bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang ke jalan Allah S.W.T;

(i)        Bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang hamba sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;

(j)        Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan ke jalan Allah S.W.T. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah).

 

      Wallahu a'lam

 



 

 

No comments:

Post a Comment