Wednesday 20 November 2013

Amalan Murah Rezeki

"Murah Rezeki" atau "Rezeki Murah"?  Kita selalu diajar untuk berdoa, "Ya Allah murahkan rezekiku".  Sungguh doa ini biasanya tidak lekang dari setiap insan terutamanya selepas mengerjakan solat.  Kepada Allah S.W.T tempat kita memanjatkan segala hajat dan permintaan.  Rezeki adalah anugerah dari Allah S.W.T yang adakalanya kita akan mendapat lebih dan adakalanya kurang.  Ada kalanya cepat dan adakalanya lambat.  Itu semua urusan Allah S.W.T, kerana setiap kejadian itu segalanya dalam pengetahuanNya. Saya sering mendengar kata-kata "Redha Allah bergantung kepada redha kedua ibubapa".  Oleh itu, haruslah kita fahami bahawa sebagai anak, seharusnya kita menjaga perhubungan yang baik dengan kedua ibubapa kita.  Semamangnya fitrah seorang yang bergelar anak adalah sentiasa berbuat baik serta sentiasa menjaga hati kedua ibubapa.
 
 
Di sini ingin saya kongsikan amalan-amalan murah rezeki untuk panduan kita bersama, Insya'allah.  Amalan-amalan inilah yang menjadi penyebab Allah S.W.T limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan juga memberi jalan untuk memperolehi rezeki dalam berbagai cara sebagai punca kebaikan kita di dunia dan di akhirat.
1.      Cukupkan solat 5 waktu.  Seeloknya jangan dilewatkan.
2.      Perbanyakkan amalan membaca Al-Quraan dan berzikir.  Terdapat surah-surah untuk menjemput rezeki seperti Surah Al-Insyirah dan Surah Al-Waqiah.  Oleh itu sentiasa amalkan kedua-dua surah tersebut.
3.      Perbanyakkan amalan puasa sunat.
4.      Perbanyakkan sedekah.  Kikis sifat kedekut.  Ingatlah bahawa, dalam rezeki kita sebenarnya ada bahagian atau hak untuk orang lain. 
5.      Sentiasa berbuat baik terhadap kedua ibubapa sepanjang hayat mereka.  Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.  Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki
6.      Beri makan kepada anak yatim atau fakir miskin.
7.      Berbuat baik kepada kanak-kanak.
8.      Berbuat baik kepada haiwan.  Berikan makanan dan termpat perlindungan sekiranya berkemampuan.
9.      Sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi S.A.W sebanyak 1,000 kali sehari.
10.    Perbanyakkan istighfar - sekurang-kurangnya 100 kali sehari.  Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
11.    Sentiasa berbuat baik terhadap jiran tetangga.
12.    Berusaha dan bekerja dengan rasa penuh ikhlas dengan niat mencari rezeki.
13.    Jaga pandangan dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan akhlak.
14.    Jauhkan diri daripada tempat-tempat dan unsur-unsur maksiat.
15.    Sempurnakan kewajipan atau apa-apa yang dipertanggungjawabkan ke atas kita.  Contoh : Seorang suami harus menyempurnakan tanggungjawab serta hak-hak ke atas isteri dan anak-anaknya.  Begitu juga sebaliknya.
16.    Jangan lupa kewajipan berzakat.
17.    Berusaha, berdoa and bertawakal kepadaNya. Terdapat banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk menjemput rezeki.  Cubalah untuk menjadikannya sebagai rutin, Insya'allah rezeki akan sentiasa dekat kepada kita.
18.    Berpagi-pagi - Menurut Rasulullah S.A.W, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah
    Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
    mengucapkan “La hawla Wala  Quwwata Illa billah" ( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
    Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
    bacaan itu  akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
    takut dalam kubur  (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melazimkan BerIstighfar
    “Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
     segala kesusahan dan  memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
     ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
    “Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
     menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
    “Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
      kesempitan hidup"  (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi S.A.W
    “Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
     Rasulullah S.A.W berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
     Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
     (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
     kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
    dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah S.W.T
    sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
    (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI

Carilah Kasih Sayang Allah dan Insyaallah kita pasti akan memiliki Kasih Sayang Manusia.
 

No comments:

Post a Comment