Saturday 16 November 2013

Mak, Ibu, Umi & ...




Kenangilah jasa ibu yang telah melahirkan kita. 

Allah S.W.T berfirman:
Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Surah Luqman, Ayat 14

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibuku, samada dosa besar, dosa kecil, dosa yang diketahui atau yang tidak diketahuinya.  Wahai Tuhan, jika ibuku pernah berlaku syirik terhadapMu, tanpa pengetahuannya kerana cetek ilmunya, Kau ampunkanlah dia.

Jangan diambil nyawanya sehingga Kau mengampunkan dosa-dosanya Ya Rabb.  Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi penyayang, perkenankanlah!

No comments:

Post a Comment