Sunday 10 November 2013

Shortbread

Bukan Sekadar Resepi - Aroma Antara Benua begitu banyak yang dapat saya pelajari.  Bukan sahaja resepi masakan malah dari buku tersebut dapat mengajar kita tentang kehidupan.  Ianya mampu membuka minda dan membuat kita berfikir dan melihat kebesaran Allah S.W.T.  

Dari catatan peribadi Puan Roza Roslan inilah saya belajar sesuatu.  Sesuatu yang kelihatan sukar mampu dilakukan dengan izin Allah S.W.T.  Sesuatu yang kelihatan tidak menawan, mudah, murah dan ringkas jangan dipandang rendah.  Barangkali rasanya cukup memikat sesiapa sahaja yang merasainya.

Begitulah Shortbread, tetap menjadi pilihan anak-anak saya.



SHORTBREAD
Sumber : Pn. Roza Roslan

Ramuan

1 cawan (180gm) tepung gandum
1/4 cawan (60gm) tepung beras
1/4 cawan (60gm) gula aising
1/2 cawan (150gm) mentega
Secubit garam

Penyediaan

  • Panaskan ketuhar
  • Pukul mentega dan gula aising sehingga kembag dan putih
  • Gaulkan semua bahan dengan menggunakan tangan sehingga membentuk doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  • Gelek doh setebal 1/2 inci
  • Potong seperti saiz biskut semperit (bentuk jejari).
  • Aturkan doh yang telah dipotong ke dalam dulang pembakar yang telah disapu gris. Cucuk setiap satu jejari shortbread dengan garpu.
  • Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga biskut keperangan.
  • Keluarkan dan sejukkan di atas redai
  • Simpan shortbread di dalam bekas kedap udara bagi mengekalkan kerangupannya.
Shortbread yang masih dalam dulang pembakar
Begitulah, pada setiap kejadian ada tanda kebesaran Allah S.W.T yang perlu difikirkan. Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua.





No comments:

Post a Comment