Anika Kek Marble pelbagai perisa. Untuk tempahan sila hubungi 012-7743731
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts
Sunday, 15 December 2013
Friday, 29 November 2013
KEK BUAH KUKUS
KEK BUAH KUKUS
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan
250g butter (saya guna butter SCS)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla
Cara Menyediakan
1. Masak gula sehingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat manis dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*. Masukkan ke dalam adunan buah-buahan campuran tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Bolehlah panaskan periuk kukusan dengan air yang mencukupi.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil.
5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam sahaja) Jika perlu menambah air ke dalam periuk kukus, gunakan air panas untuk mengelakkan proses memasak kek terbantut.
6. Sejukkan sebelum dipotong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut
KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG SEMUT
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan untuk dijadikan gula hangus
2 cawan gula pasir 2 cawan air mendidih
3 sudu besar mentega
Cara menyediakannya:
1) Masak gula di dalam kuali menggunakan api sederhana.
2) Sentiasa dikacau-kacau gula tersebut sehingga larut dan warnanya menjadi keperangan.
3) Kemudian masukkan air mendidih. AWAS! gula tersebut akan meletup-letup sedikit.
4) Kacau sehingga bancuhan gula tadi larut bersama air tadi.
5) Kemudian masukkan mentega dan biarkan larut. Tutup api dan sejukkan.
Bahan kek:
7 biji telur - saiz A
2 cawan tepung gandum
½ tin susu pekat manis
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
Cara menyediakannya:
1) Tepung diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan
2) Pukul telur sehingga kembang
3) Kemudian masukkan susu pekat manis dan pukul lagi sehingga sebati.
4) Masukkan esen vanilla.
5) Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
6) Akhir sekali masukkan gula hangus yang disejukkan tadi dan kacau lagi.
7) Masukkan adunan tadi ke dalam Loyang yang telah dilengserkan dengan mentega dan bakar selama 1 - 1½jam menggunakan api bawah sahaja dengan suhu 160ºC - 180ºC atau mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
8) 10 minit yang terakhir, gunakan api atas dan bawah.
9) Biarkan kek sejuk sebelum dipotong.
Tuesday, 5 November 2013
Kek African Marble
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Setiap ketentuan hanyalah dari-Mu Ya Allah. Tanpa keizinan-Mu semua ini tidak akan menjadi kenyataan.
Puan Norhayati Basri, (http://yatiecooking.blogspot.com). Pertemuan kami sewaktu Kursus Kesetiausahaan selama 3 hari 2 malam di Berjaya Tioman Beach Resort pada tahun 2008.
Allah, Allah Ya Allah. Beliau seorang surirumah yang berkerjaya sama seperti saya. Berparas rupa yang sangat manis dan menawan, orangnya sangat peramah dan tidak lokek untuk berkongsi resepi dan juga petua masakan. Dari beliau saya mengetahui blognya dan dari situ saya mempelajari resepi kek kegemaran mak.
Subhanallah resepi yang sangat ringkas dan memang senang untuk dibuat. Hasilnya sungguh enak dan amat lembut. Menjadi kegemaran seisi keluarga terutamanya sebaik sahaja keluar dari oven yang masih panas bertambah dengan aromanya.
Juga mengambil tempahan seandainya ada permintaan dari kawan-kawan.
Kek African Marble
Bahan-bahan:
250gm tepung naik sendiri
200gm gula
1 tsp baking powder
300gm telur (timbang tanpa kulit)
1 tbsp ovalette
50gm air
2 tbsp susu pekat
175gm butter (cairkan)
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan kecuali butter yang telah dicairkan.
- Pukul semua bahan sehingga gebu atau naik 2 kali ganda
- Masukkan butter cair, gaul perlahan dan warnakan mengikut citarasa
Subscribe to:
Posts (Atom)








