Wednesday 30 October 2013

Pengenalan

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Berasal dari Kuantan, Pahang Darul Makmur, Noorfilzah Ismail, yang bermaksud "Cahaya Belahan Jiwa", merupakan seorang Surirumah yang berkerjaya.  Kini berhijrah ke Pasir Gudang, Johor mengikut suami tercinta, Mohd Jasni B. A. Rahman, anak kelahiran Johor Bahru. 

Ibu kepada 4 orang permata hati; 1 lelaki dan 3 perempuan.  Dibesarkan dan mendapat pendidikan rendah serta menegah di Bandar Kuantan.  Seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dalam bidang "Sains Kesetiausahaan".  Alhamdulillah kini hampir 20 tahun bertugas sebagai Setiausaha di sebuah Syarikat Fabrikasi Minyak & Gas di sekitar Pasir Gudang, Johor.

Alhamdulillah, RESEPI ONLINE ini bukan hanya untuk wanita sahaja.  Bacalah wahai kaum lelaki untuk menyelami rasa halus hati seorang yang bernama wanita.  Mungkin beliau orang yang paling hampir dalam hidup kita.

Blog ini juga bakal manyediakan pelbagai jenis resepi meliputi pelbagai bangsa dan budaya sebagai hidangan seisi keluarga, tetamu serta sahabat handai, bermula dari hati yang bersih.  Ia bukanlah dengan kata semata-mata.  Hati yang bersih bakal menjanjikan ruang dapur sebagai ruang untuk kita mencurahkan bakat.

Kesimpulannya rajin-rajinlah memasak dan menjamu orang makan terutama sekali apabila di perantauan.  Memasak dan berkongsi rasa dengan orang lain mampu menjalinkan hubungan mesra merentasi bangsa, budaya dan agama.

Terlalu banyak yang ingin diperkatakan tentang blog RESEPI ONLINE ini, namun ruang tidak mengizinkan.  Sungguh, terlalu banyak manafaatnya.

Insya'allah, ianya bakal membuka minda dan mampu membuat kita berfikir dan melihat kebesaran Allah S.W.T.  Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua.

Ameen Ya Rab.

Sesungguhnya para malaikat tetap mendoakan seseorang selama hidangan makannya masih terhampar (yakni untuk tamunya). - Hadis Riwayat Tirmizi.

No comments:

Post a Comment