Tuesday 24 December 2013

Makanan Sejuk Beku (Frozen Food)

Kali ini saya ingin bercerita tentang penyediaan makanan sejuk beku atau lebih dikenali dengan perkataan "Frozen Food".  Selalunya makanan sebegini banyak terdapat di pasaran lebih dikenali di kalangan wanita berkerjaya seperti saya.  Tetapi sebagai seorang ibu, tentu sekali kita akan risau tentang bahan pengawet yang terkandung didalam makanan tersebut.

Jadi kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang masakan dan kuih muih yang biasa saya sediakan dan cara penyimpanan secara sejuk beku untuk hidangan keluarga malah juga untuk tetamu yang kadang-kala datang tanpa diduga.  Antaranya ialah:


Karipap
Karipap yang disediakan banyak boleh disimpan di dalam "freezer". Biasanya saya akan menggoreng seketika karipap tersebut dan apabila sejuk, saya akan memasukkannya ke dalam "freezer".  Ini adalah untuk mematikan tepung supaya keripap tidak melekat di antara satu sama lain.  Bila hendak digoreng, saya akan keluarkan dahulu dan dibiarkan seketika sebelum di goreng menggunakan api yang sederhana.  Ini kerana dikhuatiri inti didalam masih beku/sejuk tetapi kulitnya sudah hangus/hitam. 
 
Donut
Donut yang telah siap dibentuk, digoreng seketika. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam freezer bag. Simpan di dalam freezer. Keluarkan dari freezer seketika sebelum digoreng sepenuhnya dan digaul dengan gula kaster atau apa apa topping yang disukai.
 
 
Lauk Pauk
Selain dari makanan dan kuih muih, saya juga biasa menyediakan lauk pauk yang disejuk beku terutamanya lauk yang memakan masa yang lama untuk disediakan seperti rendang daging, sambal tumis ikan bilis, kari dan sebagainya.  Lauk pauk tersebut saya bahagikan kepada beberapa bekas kecil bertutup yang bersesuaian untuk satu hidangan dan simpan di dalam freezer setelah lauk tersebut benar-benar sejuk kerana seandainya panas dan terus disimpan, dikhuatiri lauk yang disimpan akan rosak.  Kaedah ini sangat membantu terutamanya bagi suri-suri yang berkerjaya seperti saya.  Ianya sungguh mudah dan ringkas, tetapi kebersihan tetap terjamin dan terjaga. 

Bagi sesiapa yang ingin mencuba cara saya ini, bolehlah mengikutinya.  Selain dari karipap dan donut, banyak lagi kuih-kuih lain yang boleh kita olahkan untuk dijadikan makanan sejuk beku misalnya kuih kasturi / kuih rengas, apam ayu, apam polko dot, kuih getuk ubi dan banyak lagi mengikut kretiviti masing-masing.  Gunakan cuti hujung minggu anda dengan menyiapkan serta menyusun atur tugasan di dapur untuk kesejahteraan keluarga.

 
 



1 comment:

  1. saya lee bangai mana memasarkan pasaran frozen di sigapore

    ReplyDelete