Friday, 29 November 2013

Nasi Lemak

Assalamualaikum, Selamat pagi dan selamat berhujung minggu..
Allah, Allah Ya Allah.  Pantas betul masa berlalu, sekejap sahaja kita sudah bertemu hujung minggu.
Sudah hamper melangkah ke akhir tahun 2013.  Apa perancangan dihujung minggu ini.  Tambahan pula anak-anak semua berada di rumah sempena cuti sekolah.  Ada yang hendak pergi bersiar-siar bersama keluarga atau makan-makan di luar.
Ada juga yang merebut peluang cuti sebegini untuk melakukan aktiviti bersama keluarga sambil bersantai-santai.
Tidak kisahlah apa pun aktiviti yang dilakukan, asalkan ianya memberi manfaat kepada kita semua dan lakukan dengan ikhlas dan penuh rasa kasih sayang.

Bila bercakap pasal nasi lemak, ini lah nasi lemak terkenang pula saya zaman kanak-kanak membantu emak di warung kuning menjual nasi lemak.  Resepi nasi lemak yang biasa disediakan oleh emak saya cuma kali ini saya gunakan beras basmathi dalam penyediaan nasi lemak ni.
 
NASI LEMAK
Sumber : Masakan Emak

Bahan-bahan:  
2 cawan beras basmathi
1 cawan santan dan 1¼ cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia 

Garam secukup rasa

 
Bahan-bahan untuk sambal:
2 cawan ikan bilis
20 tangkai cili kering dikisar halus
3 labu bawang besar juga dikisar halus
3 bawang merah
2 bawang putih
Sedikit halia
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar dimayang kasar
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit belacan


Cara menyediakan nasi lemak: 
1) Rendam beras itu selama lebih kurang 20 minit sebelum masak.
2) Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul. 
3) Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. 
4) Boleh dihidangkan dengan telur rebus, timum, kacang dan ikan bilis goring


Cara menyediakan sambal:
5) Goreng ikan bilis bersama bawang besar yang telah dihiris untuk seketika. Tidak perlu goring sampai garing. Secukup sekadar nampak kelayuan. 
6) Kisarkan cili kering, 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, sepotong halia dan sedikit belacan. 
7) Tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dengan api pelahan. Kacau sesekali dan apabila kelihatan sedikit garing, tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang cukup. Biarkan lagi sehingga mendidih dan nampak seperti pecah minyak dan warna kelihatan merah cantik. 
8) Masukkan 2 sudu besar gula, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing. 
9) Setelah berpuas hati, masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi. Kacau untuk seketika bagi rasa itu diserap. 
10) Setelah sambal itu nampak sudah cukup pekat, api boleh ditutupkan dengan segera. 

No comments:

Post a Comment