Friday 29 November 2013

Kurma, Kismis, Madu


Sabda Rasulullah S.A.W

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya".

 
Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin adalah amat baik sekali jika diamalkan kerana dipercayai anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.  Ianya juga memudahkan ibu untuk bersalin.  Ingat lagi kisah Mariam A.S yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa A.S.  Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit pada lelangit bayi. 
 

Buah kurma tidak mengandungi gula yang memudaratkan malah ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W.  Janganlah risah kerana takut diserang penyakit kencing manis malah banyak khasiat terdapat padanya. 


Kurma

Rasulullah S.A.W bersabda “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.  Sabda baginda lagi “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, kerana yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”. 
 

Abu Abdillah A.S bersabda “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”. Beliau bersabda lagi “Orang yang memakan 7 biji buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak di ganggu oleh syaitan”. 


Imam Jaafar Ash-Shadiq A.S bersabda “Barangsiapa memakan 7 biji buah kurma yang baik maka, cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”. 


Kismis

Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.  Sabda baginda lagi “Biasakanlah memakan kismis kerana ianya dapat menghilangkan kepahitan (empedu / cairan kuning), menghilangkan lender, menyehatkan badan, mengelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.


Imam Ali A.S bersabda “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya sesuatu yang tidak disenangi”.  Beliau juga bersabda “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.


Pada riwayat lain dari Abi Jaafar At-thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa


 
Madu

Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa yang meminum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quraan, maka Allah S.W.T akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.  Sabda baginda lagi “Barangsiapa inginkan hafalan yang kuat, hendaklah dia meminum madu”.  Baginda bersabda lagi “ Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ianya dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”  Sabda baginda lagi “Allah S.W.T telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”


Dari Imam Ali A.S beliau bersabda “Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati” 


Dari Imam Jaafar Ash-Shadiq A.S bersabda “Rasul S.A.W sangat menyenangi madu”  sabda beliau lagi “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quraan”.



 

No comments:

Post a Comment