Thursday 28 November 2013

SENARAI MAKAN DAN HIKMAHNYA DALAM ISLAM


Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak

dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,

jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan

tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah

dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau.

hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah

menghormati roti itu".

 

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,

melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam

usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu

disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

 

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh

menguatkan organ hati.

 

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan

kelahiran anak.

 

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

 

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi

sup barli kepada orang yg mengidap demam.

 

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan

cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

 

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan

sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan

yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

 

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

 

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga

sangat berguna untuk memanaskan badan.

 

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air

kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan

dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

 

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al

sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah

dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al

sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat

'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk

menghilangkan penyakit selesema.

 

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan

badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan

terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah

daging ayam betina yang tidak bertelur.

 

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar

untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)

yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

 

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:

bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat

menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan

dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

 

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan

kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

 

Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam

di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

 

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah

rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau

tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang

tidak diingini.

 

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini

mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

 

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam

(setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan

apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada

kulit.

 

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah

yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi.

Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana

sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas

hindiba".

 

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah,

mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah

membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit

perut(memulas).

 

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan

badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada

buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah

syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit

buasir dan pirai.

 

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan,

bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak

dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

 

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan

menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk

mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan

Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah

dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

 

Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.

Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada

makanan.

 

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah

Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis

minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman

dan memanaskan badan.

 

Inai (hinna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas

calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam

kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan

menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari

bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan

masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

 

Madu lebah(a'sal)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini

apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.

Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu.

Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya.

Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta

penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu,

dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika

perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu

yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga

(spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti

adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

 

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah

dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk

perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan

menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

 

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia

melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan

mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga

melemahkan penglihatan.

 

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan

daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan

orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak

akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara

sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat

panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing

jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram

dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai

makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai

adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang

memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa
yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

No comments:

Post a Comment