Tuesday 12 November 2013

Tadika Pintar Bistari

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi serta terima kasih tidak terhingga khusus buat semua tenaga pengajar di Tadika Pintar Bistari dan di tadika seluruh Malaysia amnya.  Tanpa anda semua, anak-anak didik anda semua tidak akan berjaya seperti hari ini. 



Allah, Allah Ya Allah.  Anak saya Qistina yang dahulunya tidak tahu mengira, tetapi hari ini sudah pandai mengira malah sudah pandai menggunakan sampoa dengan mahir sekali.  Dahulunya anak saya itu, tidak pernah mengenal apa itu A, B, C apatah lagi nak membaca dan mengeja tetapi hari ini bukan sahaja sudah lancar membaca buku-buku cerita Bahasa Melayu malah Bahasa Inggeris dan Jawi juga.  Di tadika juga anak saya mempelajari doa-doa harian.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.  Sungguh, kesabaran yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T amat tinggi.  Mereka ini sentiasa cekal dan sabar apabila berhadapan dengan kanak-kanak yang berbagai ragam dan kerenah.  Besar sungguh budi mereka dalam mencorakkan sehelai kain putih yang belum pernah dicorak, menjadikan corah yang betigu indah dan menarik.  Begitulah tugas mereka yang begitu besar, menjadikan anak-anak didik mereka seorang insan yang mulia dan murni untuk bekalan di akhirat kelak serta bakal menghadapi segala cabaran di dunia yang fana ini.

Allah, Allah Ya Allah jutaan terima kasih buat sekelian tenaga pengajar Tadika Pintar Bistari. Ianya ucapan dari lubuk hati seorang ibu dan sungguh saya sendiri tidak pandai untuk menjadi pembimbing sebaik anda semua.  Tiada hadiah yang paling istimewa buat mereka.  Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa serta budi mereka.  Sungguh budi yang telah mereka taburkan cukup besar dan amat bermakna.

Hari Anugerah Tadika Pintar Bistari
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.  Sungguh, nikmat mana lagi yang hendak saya dustakan?

No comments:

Post a Comment