Thursday 31 October 2013

Bukan Sekadar Resepi




Bukan Sekadar Resepi -  merupakan sebuah bingkisan lahir dari hati Pn. Roslan, sungguh ianya bukanlah sekadar buku resepi yang terkandaung di dalamnya.  

Masya'allah... ianya sungguh terkesan di hati.  Hasil tangan Puan Roza Roslan ini tidak pernah sekali membosankan walaupun telah 3 kali membacanya.  Gambar-gambar masakan yang terdapat di dalam buku "Bukan Sekadar Resepi" juga amatlah menyelerakan dan menambat hati serta perasaan.  Nafsu meminta-minta untuk menjamahnya.  Begitulah bisikan syaitan sememangnya pandai mempegaruhi nafsu walaupun semasa membaca buku tersebut banyak membawa diri kita kepada rasa keinsafan, Astagfirullah.

Kisah-kisah di sebalik resepi yang diceritakan juga sangat menarik. Ceritanya biasa-biasa sahaja, santai tetapi semuanya adalah kisah benar.  Tiada langsung unsur fantasi yang dikisahkan, namun kebenaran itulah sebenarnya yang membuatkan buku tersebut sungguh menarik dan menakjubkan.

Allah, Allah Ya Allah... malu terus menerpa diri ini kerana tidak pernah terlintas untuk berfikir dari sudut yang diceritakan.  Pangalaman sendiri yang dianggap biasa-biasa sahaja, rupanya tersimpan beribu rahsia andai dilihat dari sudut yang sama.  Terkandung di celah-celah resepi yang diketengahkan tentang kebesaran dan keagugan Ilahi untuk sama-sama kita renungkan.

Kesimpulannya, "Bukan Sekadar Resepi" mengajar kita tentang kehidupan.  Sememangnya sebuah kehidupan yang bahagia berasal dari dapur yang diuruskan oleh isteri, ibu dan wanita yang berhati mulia.  Sungguh wanita itu mulia, oleh itu kemuliaannya perlu dipelihara.  Islam juga telah memberikan wanita satu kedudukan yang paling mulia berbanding mana-mana agama mahupun bangsa lainnya.  Beberapa ayat yang terkandung di dalam Surah An-Nisa ada jawapannya.


Salam Jumaat

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua yang dirahmati Allah S.W.t sekelian.



Motivasi Pagi
Mulakan hari mu dengan berdoa dan fikirkan yang baik-baik tentang diri-mu sendiri, juga tentang orang-orang yang kita sayangi. 

Insya'allah, yang baik datangnya dari Allah S.W.T.  Semoga Allah S.W.T sentiasa kuatkan iman dan hati kita semua.

"Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah S.W.T, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan mengangkat datjat-mu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahan-mu" - HR Muslim-

Wednesday 30 October 2013

Pengenalan

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Berasal dari Kuantan, Pahang Darul Makmur, Noorfilzah Ismail, yang bermaksud "Cahaya Belahan Jiwa", merupakan seorang Surirumah yang berkerjaya.  Kini berhijrah ke Pasir Gudang, Johor mengikut suami tercinta, Mohd Jasni B. A. Rahman, anak kelahiran Johor Bahru. 

Ibu kepada 4 orang permata hati; 1 lelaki dan 3 perempuan.  Dibesarkan dan mendapat pendidikan rendah serta menegah di Bandar Kuantan.  Seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dalam bidang "Sains Kesetiausahaan".  Alhamdulillah kini hampir 20 tahun bertugas sebagai Setiausaha di sebuah Syarikat Fabrikasi Minyak & Gas di sekitar Pasir Gudang, Johor.

Alhamdulillah, RESEPI ONLINE ini bukan hanya untuk wanita sahaja.  Bacalah wahai kaum lelaki untuk menyelami rasa halus hati seorang yang bernama wanita.  Mungkin beliau orang yang paling hampir dalam hidup kita.

Blog ini juga bakal manyediakan pelbagai jenis resepi meliputi pelbagai bangsa dan budaya sebagai hidangan seisi keluarga, tetamu serta sahabat handai, bermula dari hati yang bersih.  Ia bukanlah dengan kata semata-mata.  Hati yang bersih bakal menjanjikan ruang dapur sebagai ruang untuk kita mencurahkan bakat.

Kesimpulannya rajin-rajinlah memasak dan menjamu orang makan terutama sekali apabila di perantauan.  Memasak dan berkongsi rasa dengan orang lain mampu menjalinkan hubungan mesra merentasi bangsa, budaya dan agama.

Terlalu banyak yang ingin diperkatakan tentang blog RESEPI ONLINE ini, namun ruang tidak mengizinkan.  Sungguh, terlalu banyak manafaatnya.

Insya'allah, ianya bakal membuka minda dan mampu membuat kita berfikir dan melihat kebesaran Allah S.W.T.  Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua.

Ameen Ya Rab.

Sesungguhnya para malaikat tetap mendoakan seseorang selama hidangan makannya masih terhampar (yakni untuk tamunya). - Hadis Riwayat Tirmizi.