Thursday 26 December 2013

Roti Lagi

Alhamdulillah hari ini ada lagi tempahan roti dari rakan pejabat.

Packing yang siap untuk dihantar
 

Chicken Floss Bun

Red Bean Bun

Red Bean Bun

Sweet Bun
 
 

Wednesday 25 December 2013

Anika Roti

Allah Allah Ya Allah.  Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana saya masih dipinjamkan oleh Nya kepakaran ini.  Kali ini anika roti / bun yang boleh dijadikan hidangan sekeluarga samada menu sarapan pagi atau pun minum petang.  Sungguh roti / bun buatan sendiri (homemade) ini bebas dari bahan pengawet dan dijamin bersih.

Chicken Floss Bun

Bun Manis

Bun Manis

Bun Kacang Merah

Tuesday 24 December 2013

Makanan Sejuk Beku (Frozen Food)

Kali ini saya ingin bercerita tentang penyediaan makanan sejuk beku atau lebih dikenali dengan perkataan "Frozen Food".  Selalunya makanan sebegini banyak terdapat di pasaran lebih dikenali di kalangan wanita berkerjaya seperti saya.  Tetapi sebagai seorang ibu, tentu sekali kita akan risau tentang bahan pengawet yang terkandung didalam makanan tersebut.

Jadi kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang masakan dan kuih muih yang biasa saya sediakan dan cara penyimpanan secara sejuk beku untuk hidangan keluarga malah juga untuk tetamu yang kadang-kala datang tanpa diduga.  Antaranya ialah:


Karipap
Karipap yang disediakan banyak boleh disimpan di dalam "freezer". Biasanya saya akan menggoreng seketika karipap tersebut dan apabila sejuk, saya akan memasukkannya ke dalam "freezer".  Ini adalah untuk mematikan tepung supaya keripap tidak melekat di antara satu sama lain.  Bila hendak digoreng, saya akan keluarkan dahulu dan dibiarkan seketika sebelum di goreng menggunakan api yang sederhana.  Ini kerana dikhuatiri inti didalam masih beku/sejuk tetapi kulitnya sudah hangus/hitam. 
 
Donut
Donut yang telah siap dibentuk, digoreng seketika. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam freezer bag. Simpan di dalam freezer. Keluarkan dari freezer seketika sebelum digoreng sepenuhnya dan digaul dengan gula kaster atau apa apa topping yang disukai.
 
 
Lauk Pauk
Selain dari makanan dan kuih muih, saya juga biasa menyediakan lauk pauk yang disejuk beku terutamanya lauk yang memakan masa yang lama untuk disediakan seperti rendang daging, sambal tumis ikan bilis, kari dan sebagainya.  Lauk pauk tersebut saya bahagikan kepada beberapa bekas kecil bertutup yang bersesuaian untuk satu hidangan dan simpan di dalam freezer setelah lauk tersebut benar-benar sejuk kerana seandainya panas dan terus disimpan, dikhuatiri lauk yang disimpan akan rosak.  Kaedah ini sangat membantu terutamanya bagi suri-suri yang berkerjaya seperti saya.  Ianya sungguh mudah dan ringkas, tetapi kebersihan tetap terjamin dan terjaga. 

Bagi sesiapa yang ingin mencuba cara saya ini, bolehlah mengikutinya.  Selain dari karipap dan donut, banyak lagi kuih-kuih lain yang boleh kita olahkan untuk dijadikan makanan sejuk beku misalnya kuih kasturi / kuih rengas, apam ayu, apam polko dot, kuih getuk ubi dan banyak lagi mengikut kretiviti masing-masing.  Gunakan cuti hujung minggu anda dengan menyiapkan serta menyusun atur tugasan di dapur untuk kesejahteraan keluarga.

 
 



Sunday 15 December 2013

Kek Marble

Anika Kek Marble pelbagai perisa.  Untuk tempahan sila hubungi 012-7743731








Pulut Lapis Daging

Alhamdulillah. Syukur kepada Mu Ya Allah. Pemberian rakan sekerja Norliyana Abd Rahim, "Serunding Mak" memberi ilham kepada saya. 

Diadaptasi dari "Pulut Panggang" maka terjadinya "Pulut Lapis Daging".



Layan Pulut Lapis Daging bersama kopi 'O' Panas

Friday 13 December 2013

CEMPEDAK

Allah, Allah Ya Allah.  Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T.  segala rezeki datangnya dari Allah S.W.T.  bak kata perpatah melayu, "Orang memberi, kita merasa".  Terima kasih buat jiranku Komariyah Nia cempedak yang sentiasa menjadi kegemaran kami sekeluarga.


Sugguh, cempedak sentiasa mengadi kegilaan semua terutamanya bila digoreng.  Semerbak baunya menyelubungi segenap penjuru rumah, malah jiran sekeliling rumah juga dapat berkongsi baunya yang semerbak.


Tabarakallah, Subhanallah! rezeki yang Allah S.W.T berikan kepada hambaNya dengan pelbagai cara.  Tanpa saya sedari Allah S.W.T telah mengurnia rezeki jiran-jiran yang sungguh baik dan sentiasa hidup tolong menolong antara kami. 

Alhamdulillah Ya Allah.

NASI MINYAK HUJAN PANAS

Masya'allah, Tabarakallah!  Ajarlah anak-anak samada perempuan atau lelaki masuk ke dapur agar tidak kekok memegang senduk, kuali dan periuk.  Nanti, mereka akan membesar dan akan membawa haluan sendiri lalu pergi meninggalkan kita.  Dapur si ibu pasti akan sunyi.  Sungguh itulah pusingan alam kejadian Allah S.W.T.  Kita sebagai insan harulah akur. 

Inilah antara hasil dari pertolongan anak dara saya Adibah Aqilah sewaktu di dapur.  Sewaktu hujung minggu sempat mengajar dia bagaimana proses menyediakan nasi yang bewarna warni ini. Dari nasi yang berwarna putih bersih, boleh diwarnakan sedemikian rupa dan apa bezanya penyediaan nasi putih dengan nasi minyak. 

Nasi Minyak Hujan Panas

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air - letak lebih air sesuaikan dg beras
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau

[bahan tumis]
½ inci halia
2 ulas bawang putih
½ biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1½ sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

[bahan hias]
bawang goreng , kismis

Cara-cara
  • Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  • Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  • Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  • Masukkan beras dan gaul rata.
  • Masukkan air dan daun pandan.
  • Masaklah nasi sehingga masak
  • Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  • Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis.

Saturday 7 December 2013

KETUPA SOTONG

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T.  Pada kali ini saya akan berkongsi lagi satu resepi istimewa dari Pantai Timur iaitu "Ketupat Sotong".



Ketupat Sotong
Bahan-bahan:
1kg sotong (anggaran 6 - 7 ekor)
400gm beras pulut (direndam selama 2 -3 jam)
1 inci halia (dihiris halus)
5 biji bawang merah (dihiris halus)
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil halba
1 1/2 biji kelapa
Santan pekat 1 cawan (perahan pertama)
4 cawan santan cair (perahan kedua)
Lidi Kelapa (dipotong 2 inci setiap satu dan ditajamkan di hujungnya)
Garam secukup rasa

Cara Penyediaannya:
1.  Sotong dibuang kulit nipis, dibasuh bersih dan ditoskan.
2.  Pulut dimasak (tanak) seperti biasa.
3.  Apabila pulut masak, masukkan di dalam sotong (anggaran 3/4 penuh)
4.  Masukkan sotong tersebut ke dalam periuk bersama dengan 4 cawan santan cair sehingga mendidih.
5.  Kemudian, masukkan pula halia, bawang merah, halba dan serai.
6.  Akhir sekali, masukkan 1 cawan santan pekat (biar mendiidh sekejap)
7.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan.