Tuesday 12 November 2013

Roti Naik


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Amat Pengasihani
Terasa rindu pula hendak merasa roti "fresh" dari oven.  Sungguh membuat roti sendiri memang terbaik dan cukup puas hati.  Lagi pun sudah lama saya mencari resepi roti yang lembut, mudah nak buat dan sedap dimakan.  Alhamdulillah akhirnya terjumpa resepi yang saya impikan dalam blog sahabat ini.  Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dari Allah S.W.T dan saya cuba panjangkan disini semoga ianya menjadi manfaat kita bersama, Insya'allah.

Sebenarnya sebelum ini saya pernah beberapa kali cuba untuk membuat roti sendiri tetapi asyik tidak menjadi.  Namun ini bukannya bermakna saya harus mengaku kalah.  Sungguh setiap kejadian Allah S.W.T itu bukannya suatu yang kebetulan kerana segala-galanya dalam pengetahuanNya.  Apakah saya tidak mahu bersyukur kepadaNya?

Marilah kita sama-sama cuba untuk membuat roti sendiri dirumah.


Roti Naik @ Roti Lembut
Sumber : Mashitah Mas

Bahan-bahan :
500 g tepung high protien @ tepung gandum @ tepung roti
1 biji telur
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)

Cara Penyediaannya:
  1. Campurkan susu pekat manis, telur dan tambah air untuk menjadikan 300ml cecair semua sekali 
  2. Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung, gula dan susu tepung.  Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan bancuhan cecair dan uli sebati. 
  4. Akhir sekali masukkan marjerin dan shortening dan terus menguli sehingga adunan lembut, licin dan elastic.
  5. Perapkan doh sehingga naik sekali ganda atau 1 hingga 1­½ jam.
  6. Kemudian tumbuk-tumbukkan doh dan uli sekali lagi untuk keluarkan angin.  Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan susun di dalam Loyang pembakar yang telah digriskan terlebih dahulu.  Perap lagi selama 1 jam.
  7. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 180°C atau sehingga masak mengikut kesesuaian oven.

No comments:

Post a Comment