Friday 29 November 2013

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik ke Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.  Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah yang telah diberikan kepadanya oleh Allah S.W.T.  Mereka ialah :


Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.  Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan didikan fardu ain.  Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.  Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka si ayah ini akan ditarik ke nereka oleh anak-anaknya.

Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuan anda sekarang?  Adakah anda telah mengajarnya bersolat? berpuasa? menutup aurat? pengetahuan agama serta ilmu fardu ain?  Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.

 
Suami
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.  Bargaul bebas di pejabat, menperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahramnya.  Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim, iaitu solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Wahai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang?  Dimanakah dia?  Bagaimana akhlaknya?  Jika tidak anda menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang anda akan sehidup semati bersamanya di “taman” neraka sana.


Abang-abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggunjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abanya dan saudara lelakinya.  Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Duhai lelaki yang menpunyai adik dan saudara perempuan, janganlah hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat anda akan terlepas.  Anda juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.


Anak-anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuannya yang salah disisi Islam.  Bila ibu membuat kemungkaran iaitu mengumpat, memfitnah, mangata dan sebainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.  Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Wahai anak-anak lelaki, sayangilah ibu anda, nasihatilah dia jika dia tersalah atau terlupa.  Kerana ibu juga insan biasa, yang tidak lepas dari melakukan doa.  Selamatkan dia dari menjadi “kayu api” neraka.  Jika tidak, anda juga akan ditarik menjadi penemannya kelak.
 

Lihatlah, betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.  Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang / anak haruslah memainkan peranan.


Firman Allah S.W.T
“Wahai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..”

 

 

 

No comments:

Post a Comment