Friday 29 November 2013

KEK BUAH KUKUS


KEK BUAH KUKUS
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna 

Bahan-bahan
250g butter (saya guna butter SCS)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla


Cara Menyediakan
1. Masak gula sehingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat manis dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.

2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*.  Masukkan ke dalam adunan buah-buahan campuran tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Bolehlah panaskan periuk kukusan dengan air yang mencukupi.

3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil.

5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam sahaja) Jika perlu menambah air ke dalam periuk kukus, gunakan air panas untuk mengelakkan proses memasak kek terbantut.

6. Sejukkan sebelum dipotong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong). 

No comments:

Post a Comment