Friday, 29 November 2013

Nasi Lemak

Assalamualaikum, Selamat pagi dan selamat berhujung minggu..
Allah, Allah Ya Allah.  Pantas betul masa berlalu, sekejap sahaja kita sudah bertemu hujung minggu.
Sudah hamper melangkah ke akhir tahun 2013.  Apa perancangan dihujung minggu ini.  Tambahan pula anak-anak semua berada di rumah sempena cuti sekolah.  Ada yang hendak pergi bersiar-siar bersama keluarga atau makan-makan di luar.
Ada juga yang merebut peluang cuti sebegini untuk melakukan aktiviti bersama keluarga sambil bersantai-santai.
Tidak kisahlah apa pun aktiviti yang dilakukan, asalkan ianya memberi manfaat kepada kita semua dan lakukan dengan ikhlas dan penuh rasa kasih sayang.

Bila bercakap pasal nasi lemak, ini lah nasi lemak terkenang pula saya zaman kanak-kanak membantu emak di warung kuning menjual nasi lemak.  Resepi nasi lemak yang biasa disediakan oleh emak saya cuma kali ini saya gunakan beras basmathi dalam penyediaan nasi lemak ni.
 
NASI LEMAK
Sumber : Masakan Emak

Bahan-bahan:  
2 cawan beras basmathi
1 cawan santan dan 1¼ cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia 

Garam secukup rasa

 
Bahan-bahan untuk sambal:
2 cawan ikan bilis
20 tangkai cili kering dikisar halus
3 labu bawang besar juga dikisar halus
3 bawang merah
2 bawang putih
Sedikit halia
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar dimayang kasar
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit belacan


Cara menyediakan nasi lemak: 
1) Rendam beras itu selama lebih kurang 20 minit sebelum masak.
2) Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul. 
3) Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. 
4) Boleh dihidangkan dengan telur rebus, timum, kacang dan ikan bilis goring


Cara menyediakan sambal:
5) Goreng ikan bilis bersama bawang besar yang telah dihiris untuk seketika. Tidak perlu goring sampai garing. Secukup sekadar nampak kelayuan. 
6) Kisarkan cili kering, 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, sepotong halia dan sedikit belacan. 
7) Tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dengan api pelahan. Kacau sesekali dan apabila kelihatan sedikit garing, tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang cukup. Biarkan lagi sehingga mendidih dan nampak seperti pecah minyak dan warna kelihatan merah cantik. 
8) Masukkan 2 sudu besar gula, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing. 
9) Setelah berpuas hati, masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi. Kacau untuk seketika bagi rasa itu diserap. 
10) Setelah sambal itu nampak sudah cukup pekat, api boleh ditutupkan dengan segera. 

KEK BUAH KUKUS


KEK BUAH KUKUS
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna 

Bahan-bahan
250g butter (saya guna butter SCS)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla


Cara Menyediakan
1. Masak gula sehingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat manis dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.

2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*.  Masukkan ke dalam adunan buah-buahan campuran tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Bolehlah panaskan periuk kukusan dengan air yang mencukupi.

3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil.

5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam sahaja) Jika perlu menambah air ke dalam periuk kukus, gunakan air panas untuk mengelakkan proses memasak kek terbantut.

6. Sejukkan sebelum dipotong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong). 

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut




KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG SEMUT
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan untuk dijadikan gula hangus
2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar mentega

Cara menyediakannya:
1)  Masak gula di dalam kuali menggunakan api sederhana.
2)  Sentiasa dikacau-kacau gula tersebut sehingga larut dan warnanya menjadi keperangan.
3)  Kemudian masukkan air mendidih.   AWAS! gula tersebut akan meletup-letup sedikit. 
4)  Kacau sehingga bancuhan gula tadi larut bersama air tadi.
5)  Kemudian masukkan mentega dan biarkan larut.  Tutup api dan sejukkan.

Bahan kek:
7 biji telur - saiz A
2 cawan tepung gandum
½ tin susu pekat manis
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Cara menyediakannya:
1)  Tepung diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.  Ketepikan
2)  Pukul telur sehingga kembang
3)  Kemudian masukkan susu pekat manis dan pukul lagi sehingga sebati.
4)  Masukkan esen vanilla.
5)  Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
6)  Akhir sekali masukkan gula hangus yang disejukkan tadi dan kacau lagi.
7)  Masukkan adunan tadi ke dalam Loyang yang telah dilengserkan dengan mentega dan bakar selama 1 - 1½jam menggunakan api bawah sahaja dengan suhu 160ºC - 180ºC atau mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
8)  10 minit yang terakhir, gunakan api atas dan bawah. 
9)  Biarkan kek sejuk sebelum dipotong.

Tips Ketenangan Bagi Jiwa Yang Resah


Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ianya pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah dating daripada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Ianya benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.

Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: "Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku.   Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."  Abdullah menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.  Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah S.W.T.  Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.  Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah S.W.T agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu."

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

 Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.  Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.

Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama 'cortisol' juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.

(Rujukan 'Tip-Tip Cemerlang Dari al-Quran' oleh Dr Danial Zainal Bidai).

Benarlah firman Allah bermaksud: "Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah S.W.T hati akan tenang." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

 

 

Kurma, Kismis, Madu


Sabda Rasulullah S.A.W

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya".

 
Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin adalah amat baik sekali jika diamalkan kerana dipercayai anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.  Ianya juga memudahkan ibu untuk bersalin.  Ingat lagi kisah Mariam A.S yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa A.S.  Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit pada lelangit bayi. 
 

Buah kurma tidak mengandungi gula yang memudaratkan malah ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W.  Janganlah risah kerana takut diserang penyakit kencing manis malah banyak khasiat terdapat padanya. 


Kurma

Rasulullah S.A.W bersabda “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.  Sabda baginda lagi “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, kerana yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”. 
 

Abu Abdillah A.S bersabda “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”. Beliau bersabda lagi “Orang yang memakan 7 biji buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak di ganggu oleh syaitan”. 


Imam Jaafar Ash-Shadiq A.S bersabda “Barangsiapa memakan 7 biji buah kurma yang baik maka, cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”. 


Kismis

Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.  Sabda baginda lagi “Biasakanlah memakan kismis kerana ianya dapat menghilangkan kepahitan (empedu / cairan kuning), menghilangkan lender, menyehatkan badan, mengelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.


Imam Ali A.S bersabda “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya sesuatu yang tidak disenangi”.  Beliau juga bersabda “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.


Pada riwayat lain dari Abi Jaafar At-thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa


 
Madu

Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa yang meminum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quraan, maka Allah S.W.T akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.  Sabda baginda lagi “Barangsiapa inginkan hafalan yang kuat, hendaklah dia meminum madu”.  Baginda bersabda lagi “ Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ianya dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”  Sabda baginda lagi “Allah S.W.T telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”


Dari Imam Ali A.S beliau bersabda “Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati” 


Dari Imam Jaafar Ash-Shadiq A.S bersabda “Rasul S.A.W sangat menyenangi madu”  sabda beliau lagi “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quraan”.



 

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik ke Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.  Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah yang telah diberikan kepadanya oleh Allah S.W.T.  Mereka ialah :


Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.  Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan didikan fardu ain.  Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.  Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka si ayah ini akan ditarik ke nereka oleh anak-anaknya.

Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuan anda sekarang?  Adakah anda telah mengajarnya bersolat? berpuasa? menutup aurat? pengetahuan agama serta ilmu fardu ain?  Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.

 
Suami
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.  Bargaul bebas di pejabat, menperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahramnya.  Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim, iaitu solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Wahai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang?  Dimanakah dia?  Bagaimana akhlaknya?  Jika tidak anda menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang anda akan sehidup semati bersamanya di “taman” neraka sana.


Abang-abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggunjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abanya dan saudara lelakinya.  Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Duhai lelaki yang menpunyai adik dan saudara perempuan, janganlah hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat anda akan terlepas.  Anda juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.


Anak-anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuannya yang salah disisi Islam.  Bila ibu membuat kemungkaran iaitu mengumpat, memfitnah, mangata dan sebainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.  Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Wahai anak-anak lelaki, sayangilah ibu anda, nasihatilah dia jika dia tersalah atau terlupa.  Kerana ibu juga insan biasa, yang tidak lepas dari melakukan doa.  Selamatkan dia dari menjadi “kayu api” neraka.  Jika tidak, anda juga akan ditarik menjadi penemannya kelak.
 

Lihatlah, betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.  Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang / anak haruslah memainkan peranan.


Firman Allah S.W.T
“Wahai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..”

 

 

 

WASIAT RASULULLAH S.A.W PADA AISYAH R.A

SAYYIDATUNA Aisyah R.A meriwayatkan : Rasulullah S.A.W (mafhumnya), "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini..."

Intisari wasiat Rasulullah S.A.W tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.  Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu:

(a)      Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar;

(b)      Tidak memuji Allah S.W.T di atas kemurahanNya - apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur;

(c)      Mengkufurkan nikmat;

(d)      Membanyakkan kata-kata yang sia-sia;

 

Wahai Aisyah, ketahuilah :

(a)      Bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah S.W.T amalannya;

(b)      Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat nanti, Allah S.W.T akan menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan ditengkuknya;

(c)      Bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah S.W.T akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat;

(d)      Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya (yang harus / halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah S.W.T pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka;

(e)      Bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya;

(f)       Bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat daripada sesiapa pun;

(g)      Bahawa wanita yang berzina akan diderakan di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap perbuatan zina dengan lapan puluh cemeti daripada api;

(h)      Bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang ke jalan Allah S.W.T;

(i)        Bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang hamba sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;

(j)        Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan ke jalan Allah S.W.T. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah).

 

      Wallahu a'lam

 



 

 

Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan : “kita tidak dapat melarang kaum muslim ke masjid, kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Quraan dan mencari kebenaran, bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka dan Pembawa risalahNya, Muhammad S.A.W, pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah S.W.T, maka kekuatan kita akan lumpuh”
 

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".

 
"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

 
Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

 
"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."


"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."


"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."


"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"


"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".


"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan”  


"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"  


"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".


"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"


"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."
 

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"


"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.


"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."


PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."


"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah S.W.T dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"



"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"

 Wassalam ..... .