1.
Tunggu orang yang paling tua.
“Kalau ada
ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, maka emak. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu
selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua
walaupun di luar pandangan kita. Jadi
kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok
waktu mereka makan.”
2.
Baca Basmalah dan guna tangan kanan.
“Anak kita
tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang
bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk
ke mulut dengan nama Allah S.W.T dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini,
roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan
ini tidak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tetapi perlu pada
kesabaran dan istiqamah.”
3.
Ambil lauk terdekat dahulu
“Bagi cubitan
lauk yang pertama, ambil yang paling dekat.
Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tidak
mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk mendapatkan yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak
kita bekerja.”
“Kalau ayah
atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di
pinggan anak. Memang anak akan merasa
lain. Kalau dia tidak mahu lauh itu
tidak mengapa tetapi kita memberi itu yang mustahak. Kalau kita membuat sebegitu, dia juga akan
menjadikan sebegitu kepada orang lain juga.
Kita sudah membina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk melatih anak cinta pada
saudaranya yang lain, itulah waktunya.”
4.
Kawal Suapan
“Bila ambil
makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam
mulut itu belum di telan. Sesudah
ditelan, baru angkat suapan yang seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa?
Ianya untuk melatih anak supaya jangan tamak dan bersifat qanaah. Mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat lagi, untuk melatih anak
bersyukur terhadap apa yang Allah S.W.T kurniakan”
Ustaz Sobri
berkata, “Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ianya akan menumbuhkan
sifat-sifat mulia di dalam diri anak-anak.
Sebab itulah makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan
hati, sebab ianya mempengaruhi roh.”
No comments:
Post a Comment