1. Cukupkan solat 5 waktu. Seeloknya jangan dilewatkan.
2. Perbanyakkan amalan membaca Al-Quraan dan berzikir.
Terdapat surah-surah untuk menjemput rezeki seperti Surah Al-Insyirah dan Surah
Al-Waqiah. Oleh itu sentiasa amalkan kedua-dua surah tersebut.
3. Perbanyakkan amalan puasa sunat.
4. Perbanyakkan sedekah. Kikis sifat kedekut. Ingatlah
bahawa, dalam rezeki kita sebenarnya ada bahagian atau hak untuk orang
lain.
5. Sentiasa berbuat baik terhadap kedua ibubapa sepanjang hayat
mereka. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti
kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Mendoakan ibu bapa
juga menjadi sebab mengalirnya rezeki
6. Beri makan kepada anak yatim atau fakir miskin.
7. Berbuat baik kepada kanak-kanak.
8. Berbuat baik kepada haiwan. Berikan makanan dan termpat
perlindungan sekiranya berkemampuan.
9. Sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi S.A.W sebanyak 1,000
kali sehari.
10. Perbanyakkan istighfar - sekurang-kurangnya
100 kali sehari. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang
hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada
hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
11. Sentiasa berbuat baik terhadap jiran tetangga.
12. Berusaha dan bekerja dengan rasa penuh ikhlas
dengan niat mencari rezeki.
13. Jaga pandangan dan fikiran daripada
perkara-perkara yang merosakkan akhlak.
14. Jauhkan diri daripada tempat-tempat dan
unsur-unsur maksiat.
15. Sempurnakan kewajipan atau apa-apa yang
dipertanggungjawabkan ke atas kita. Contoh : Seorang suami harus
menyempurnakan tanggungjawab serta hak-hak ke atas isteri dan
anak-anaknya. Begitu juga sebaliknya.
16. Jangan lupa kewajipan berzakat.
17. Berusaha, berdoa and bertawakal
kepadaNya. Terdapat banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh dilakukan
untuk menjemput rezeki. Cubalah untuk menjadikannya sebagai rutin,
Insya'allah rezeki akan sentiasa dekat kepada kita.
18. Berpagi-pagi - Menurut Rasulullah S.A.W,
berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh
berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki
1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah" ( HR. At Tabrani )
2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
takut dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Melazimkan BerIstighfar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )
4. Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )
5. Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
kesempitan hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)
6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi S.A.W
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
Rasulullah S.A.W berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
kematian dan segala kesulitan didalamnya”
7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah S.W.T
sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI
Carilah Kasih Sayang Allah dan
Insyaallah kita pasti akan memiliki Kasih Sayang Manusia.
No comments:
Post a Comment