Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan didikan fardu ain. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka si ayah ini akan ditarik ke nereka oleh anak-anaknya.
Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah keadaan
anak perempuan anda sekarang? Adakah anda
telah mengajarnya bersolat? berpuasa? menutup aurat? pengetahuan agama serta
ilmu fardu ain? Jika tidak cukup salah
satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.
Suami
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bargaul bebas di pejabat, menperhiaskan diri
bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahramnya. Apabila suami mendiamkan diri walaupun
seorang yang alim, iaitu solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
Wahai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah keadaan
isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak anda menjaganya mengikut ketetapan
syari’at, maka terimalah hakikat yang anda akan sehidup semati bersamanya di “taman”
neraka sana.
Abang-abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggunjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abanya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya
sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.
Duhai lelaki yang menpunyai adik dan saudara perempuan,
janganlah hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat anda akan terlepas. Anda juga akan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak, jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak
menutup aurat.
Anak-anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuannya yang salah disisi Islam.
Bila ibu membuat kemungkaran iaitu mengumpat, memfitnah, mangata dan
sebainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak. Nantikan tarikan ibunya ke
neraka.
Wahai anak-anak lelaki, sayangilah ibu anda, nasihatilah
dia jika dia tersalah atau terlupa. Kerana
ibu juga insan biasa, yang tidak lepas dari melakukan doa. Selamatkan dia dari menjadi “kayu api”
neraka. Jika tidak, anda juga akan
ditarik menjadi penemannya kelak.
Lihatlah, betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /
abang / anak haruslah memainkan peranan.
Firman Allah S.W.T
“Wahai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..”
No comments:
Post a Comment