Alhamdulillah kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat apam mekar yang cantik lagi menawan .
Allah, Allah Ya Allah riak pula saya. Lupa saya, bahawa ilmu ini hanyalah dipinjamkan oleh Allah S.W.T sementara sahaja dan saya insan yang begitu kerdil ini hanyalah sebagai perantaan sahaja.
Resepi ini saya perolehi di kelas masakan anjuran Nabila Bread House. Terima kasih tidak terhingga buat Puan Saleha.
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar. Memang lucu bila terkenangkan kisah apam mekar ini. Apa tidaknya, di kelas masakan tersebut sebanyak 4 kali cubaan telah saya lakukan tetapi hasilnya menghampakan. Allah, Allah Ya Allah saya akur kerana saya tahu ini adalah ujian dari Allah S.W.T.
Hanya kepada-Nya kita mohon pertolongan dan bimbingan.
Berada di rumah saya masih tidak berpuas hati. Ya Allah Ya Rahman Ya Karim ini adalah dugaan dari-Mu Ya Allah. Saya tidak harus berputus asa dan harus berusaha untuk terus mencapai sesuatu yang saya impikan. Allahdulillah setelah 4 kali cubaan akhirnya saya berjaya juga menghasilkan apam mekar yang mekar berkembang.
Anak-anak sangat menyukainya. Saya selalu membuatnya untuk majlis kenduri dan kadang-kadang mengambil tempahan dari kawan-kawan. Sungguh setiap kejadian Allah S.W.T itu kerana segala-galanya dalam pengetahuan-Nya belaka.
APAM MEKAR
Bahan-bahan ( 30 biji - cawan kertas saiz sederhana )
100gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla - untuk menghilangkan hanyir telur
2 sudu teh ovelate
250gm tepung gandum
1 cawan aiskrim soda
Pewarna yang disukai
Cara membuatnya:
- Pukul gula dan telur sehingga betul-betul kembang (warnanya agak keputihan)
- Masukkan esen vanilla dan ovalete. Kemudian, pukul lagi sehingga kembang/gebu (warnanya putih krim)
- Masukkan aiskrim soda dan tepung gandum berselang seli, sedikit demi sedikit. Kemudian, pukul lagi sehingga sebati/gebu.
- panaskan pengukus
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna
- Masukkan adunan ke dalam "piping bag" dan paipkan ke dalam cawan kertas yang telah dimasukkan ke dalam acuan apam mengikut citarasa masing-masing.
- Akhir sekali masukkan ke dalam pengukus dan kukus menggunakan api yang paling besar selama 6 - 10 minit.
Alhamdulillah sudah siap dan sedia untuk dimakan.
Pastikan cawan kertas diletakkan di dalam "tray cup" kerana tanpanya apam akan menjadi leper dan tidak cantik.
Pastikan cawan kertas diletakkan di dalam "tray cup" kerana tanpanya apam akan menjadi leper dan tidak cantik.
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar! Terima kasih Allah.