Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T. Pada kali ini saya akan berkongsi lagi satu resepi istimewa dari Pantai Timur iaitu "Ketupat Sotong".
Ketupat Sotong
Bahan-bahan:
1kg sotong (anggaran 6 - 7 ekor)
400gm beras pulut (direndam selama 2 -3 jam)
1 inci halia (dihiris halus)
5 biji bawang merah (dihiris halus)
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil halba
1 1/2 biji kelapa
Santan pekat 1 cawan (perahan pertama)
4 cawan santan cair (perahan kedua)
Lidi Kelapa (dipotong 2 inci setiap satu dan ditajamkan di hujungnya)
Garam secukup rasa
Cara Penyediaannya:
1. Sotong dibuang kulit nipis, dibasuh bersih dan ditoskan.
2. Pulut dimasak (tanak) seperti biasa.
3. Apabila pulut masak, masukkan di dalam sotong (anggaran 3/4 penuh)
4. Masukkan sotong tersebut ke dalam periuk bersama dengan 4 cawan santan cair sehingga mendidih.
5. Kemudian, masukkan pula halia, bawang merah, halba dan serai.
6. Akhir sekali, masukkan 1 cawan santan pekat (biar mendiidh sekejap)
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:
Post a Comment